Seorang Lelaki Maut Tertimbus Tanah Runtuh Di Sandakan

11 Mar 2026 • 2:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang Lelaki Maut Tertimbus Tanah Runtuh Di Sandakan

SANDAKAN, 11 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas maut selepas tertimbus tanah runtuh ketika cuba menghidupkan generator di belakang sebuah hotel, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung berkata mangsa Agustine Frederick J Lingam, 76, yang juga pekerja hotel itu tertimbus separuh badan.

"Kejadian berlaku semasa hujan lebat yang menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik di hotel, mangsa kemudian cuba menghidupkan generator yang terletak di belakang hotel.

Baca juga:

"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.39 pagi," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada 7.14 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Operasi menyelamat ditamatkan pada 8.19 pagi selepas kerja memasang sawar dilakukan dan memastikan tiada lagi bahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved