Seorang mangsa tragedi Sg. Pertak ditemukan lemas

10 Nov 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Seorang mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas awal pagi tadi, ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa diteruskan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, mengesahkan mangsa yang ditemukan ialah lelaki tempatan.

“Mangsa ditemukan di kawasan Jambatan Pertak jam 1.30 pagi,” katanya dalam kenyataan, pagi ini.

Beliau berkata, operasi SAR pagi ini diteruskan dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor.

“Pencarian diteruskan dengan pecahan kepada empat sektor, iaitu Sektor A dari Lata Jebus ke Lubuk Pertak dan Sektor B dari Lubuk Pertak ke Jambatan Dam.

“Sektor C pula membabitkan kawasan Jambatan Dam, manakala Sektor D di kawasan empangan,” katanya.

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.55 petang berhubung kejadian kepala air di kawasan Sungai Pertak.

Maklumat awal memaklumkan seorang lelaki warga Yaman berusia 20 tahun dihanyutkan arus ketika berkelah bersama empat individu lain yang kemudian disahkan terselamat.

Pihak bomba kemudian menerima maklumat mengenai satu lagi kumpulan di Lata Jebus, dengan tujuh individu dilaporkan dihanyutkan arus, manakala beberapa yang lain terselamat atau terkandas.

Pasukan penyelamat turut menerima laporan mengenai kumpulan yang terkandas di Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah.

Seramai 19 mangsa yang terkandas berjaya dibawa turun dengan selamat pada 12.16 tengah malam tadi.

Pihak polis masih mendapatkan maklumat bagi mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang hilang.-UTUSAN

The post Seorang mangsa tragedi Sg. Pertak ditemukan lemas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved