Seorang maut, 25 hilang bot bawa pendatang karam

WorldPolitics
14 Sep 2026 • 4:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Seorang maut, 25 hilang bot bawa pendatang karam

ATHENS: Seorang maut manakala 25 lagi masih hilang selepas sebuah bot membawa pendatang karam di perairan berhampiran pulau Gavdos, berhampiran Crete, Greece, menurut pengawal pantai kepada AFP pada Isnin.

Jurucakap pengawal pantai berkata, seramai 51 mangsa berjaya diselamatkan dua bot yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Menurut mangsa yang diselamatkan, seramai 77 orang berada di dalam bot ketika ia karam.

Crete dan Gavdos, yang terletak kira-kira 320 kilometer dari pantai Libya, menjadi antara laluan utama pencari suaka memasuki Greece.

Akhir Ogos lalu, agensi berita Greece, ANA, memetik data Kementerian Imigresen yang menunjukkan jumlah ketibaan pendatang di negara itu menurun kira-kira 31 peratus.

Jumlah berkenaan susut daripada kira-kira 61,000 dalam tempoh 12 bulan sehingga Ogos 2025 kepada 42,000 dalam tempoh 12 bulan berikutnya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, negara Eropah memperketat peraturan imigresen susulan peningkatan sokongan terhadap parti berhaluan kanan dan antimigran.

Menteri Imigresen Greece, Thanos Plevris, turut memperjuangkan dasar lebih tegas terhadap kemasukan pendatang.

Greece juga sedang berbincang dengan Jerman dan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) lain mengenai penubuhan ‘pusat pemulangan’ di luar blok itu bagi memproses permohonan pendatang.- AFP

The post Seorang maut, 25 hilang bot bawa pendatang karam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved