Seorang Penyelam Malaysia Maut Ketika Skuba di Acheh

Entertainment
1 Jun 2025 • 1:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang rakyat Malaysia berusia 33 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani aktiviti menyelam di perairan Iboih, Kota Sabang, Aceh semalam.

Menurut laporan portal Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan ketika mangsa menyelam bersama dua rakannya yang juga rakyat Malaysia dan ditemani seorang jurulatih.

Difahamkan, selepas menyelam selama 20 minit pada kedalaman 30 meter, kumpulan tersebut dihanyutkan arus bawah laut. Mangsa cuba naik ke permukaan mengikut arahan jurulatih, namun sebaik tiba di atas, beliau tidak sedarkan diri.

image is not available

Mangsa segera dibawa menggunakan bot laju ke Pantai Iboih, di mana bantuan pernafasan (CPR) diberikan oleh jurulatih dan rakan-rakannya sebelum dibawa ke sebuah klinik berhampiran menggunakan kereta.

Bagaimanapun, pihak perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebaik tiba di klinik kira-kira jam 10.30 pagi.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kota Sabang untuk proses bedah siasat. Jenazah akan diuruskan oleh rakan-rakan mangsa dengan bantuan pihak berkuasa tempatan dan dijangka dibawa pulang ke Malaysia sebaik urusan bedah siasat selesai.

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.