
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh meluahkan rasa susulan keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta hari ini.
SUA DAP mahu Hannah tunaikan segala janji buat rakyat
Menerusi perkongsian di media sosial, Hannah menyatakan beliau sepatutnya menjadi individu yang berundur pada hari ini.
Namun begitu, Anthony memilih untuk memastikan segala janji kepada rakyat ditunaikan selain menyelesaikan tugasan yang masih belum selesai.
“Sepatutnya saya yang berundur hari ini tetapi Setiausaha Agung saya mahu kami menunaikan segala janji kepada rakyat dan menyelesaikan kerja yang masih belum selesai.
Akhirnya, beliau sendiri yang membayar harga tersebut,” ujarnya.
Luahan tersebut turut menggambarkan penghargaan Hannah terhadap pendirian Anthony yang akhirnya mengambil keputusan melepaskan jawatan susulan perkembangan terbaharu membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.
Sumber: Facebook Hannah Yeoh





