Seremban catat IPU tertinggi 186, antara 37 kawasan tidak sihat pagi ini

LocalEnvironment
9 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Seremban catat IPU tertinggi 186, antara 37 kawasan tidak sihat pagi ini

PETALING JAYA – Keadaan jerebu terus melanda negara apabila sebanyak 37 kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9.08 pagi ini.

Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Seremban, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 186.

Ia diikuti Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka yang masing-masing merekodkan IPU 184, manakala Nilai, Negeri Sembilan; Segamat, Johor serta Johan Setia, Selangor masing-masing berada pada bacaan 183.

Pasir Gudang dan Tangkak di Johor pula masing-masing mencatatkan IPU 181.

Tasek Ipoh, Perak; Shah Alam, Selangor serta Alor Gajah, Melaka masing-masing merekodkan bacaan 178, diikuti Kluang, Johor (176), Port Dickson, Negeri Sembilan (174) serta Tanjung Malim, Perak dan Larkin, Johor masing-masing 173.

Pegoh, Ipoh mencatatkan IPU 172, sementara Batu Muda, Kuala Lumpur dan Pengerang, Johor masing-masing berada pada bacaan 171.

Cheras, Kuala Lumpur; Putrajaya serta Rompin, Pahang pula masing-masing merekodkan IPU 170, manakala Petaling Jaya, Selangor dan Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan 169.

Turut berada pada tahap tidak sihat ialah Banting (168), Klang (167), Kota Tinggi (166), Indera Mahkota, Kuantan (162), Seri Manjung (159) dan Sungai Petani (157).

Temerloh merekodkan bacaan 154, manakala Alor Setar, Minden di Pulau Pinang dan Kemaman masing-masing mencatatkan IPU 153.

Seberang Jaya pula berada pada bacaan 152, Kuala Selangor (151), Taiping (128) dan Seberang Perai (119).

Sementara itu, sebanyak 31 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.-KOSMO! ONLINE

The post Seremban catat IPU tertinggi 186, antara 37 kawasan tidak sihat pagi ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved