
Keadaan jerebu masih menyelubungi beberapa kawasan di negara ini apabila sebanyak 38 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 6 pagi hari ini.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 30 kawasan pula mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.
Bagaimanapun, tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat berdasarkan pemantauan yang dijalankan setakat 6 pagi.
Berikut senarai 38 kawasan catat IPU tidak sihat:
1. Seremban, Negeri Sembilan – 186
2. Bandaraya Melaka, Melaka – 184
3. Nilai, Negeri Sembilan – 183
4. Bukit Rambai, Melaka – 183
5. Segamat, Johor – 183
6. Johan Setia, Selangor – 182
7. Tangkak, Johor – 181
8. Pasir Gudang, Johor – 179
9. Shah Alam, Selangor – 178
10. Alor Gajah, Melaka – 177
11. Tasek Ipoh, Perak – 176
12. Kluang, Johor – 176
13. Port Dickson, Negeri Sembilan – 174
14. Tanjung Malim, Perak – 173
15. Batu Muda, Kuala Lumpur – 172
16. Larkin, Johor – 172
17. Pegoh Ipoh, Perak – 171
18. Cheras, Kuala Lumpur – 170
19. Putrajaya – 170
20. Rompin, Pahang – 170
21. Petaling Jaya, Selangor – 169
22. Banting, Selangor – 169
23. Batu Pahat, Johor – 169
24. Pengerang, Johor – 169
25. Klang, Selangor – 168
26. Kota Tinggi, Johor – 164
27. Indera Mahkota, Kuantan, Pahang – 162
28. Seri Manjung, Perak – 159
29. Sungai Petani, Kedah – 157
30. Temerloh, Pahang – 154
31. Minden, Pulau Pinang – 153
32. Kemaman, Terengganu – 153
33. Alor Setar, Kedah – 152
34. Seberang Jaya, Pulau Pinang – 151
35. Kuala Selangor, Selangor – 145
36. Taiping, Perak – 130
37. Seberang Perai, Pulau Pinang – 120
38. Balok Baru, Kuantan, Pahang – 107
Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai supaya merujuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) rasmi Malaysia menerusi Air Pollutant Index Management System (APIMS) atau aplikasi rasmi MyJAS EQMS.
Dalam kenyataan semalam, JAS memaklumkan bahawa bacaan APIMS merupakan rujukan rasmi kerajaan bagi penyampaian nasihat berkaitan kesihatan serta pengurusan situasi jerebu.
Menurut JAS, terdapat laman sesawang dan aplikasi pihak ketiga yang memaparkan bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI) yang adakalanya lebih tinggi berbanding bacaan IPU Malaysia.






![[VIDEO] Sekolah tutup…jalan KL, Selangor terus lengang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/jln-2-1024x634.jpeg)