Seri dengan Chelsea penutup sempurna kempen pramusim JDT – Munoz

LocalFootball
10 Aug 2026 • 9:06 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Seri dengan Chelsea penutup sempurna kempen pramusim JDT – Munoz

JDT menutup kempen pramusim dengan keputusan seri 3-3 menentang Chelsea, dengan Xisco Munoz bangga terhadap prestasi dan semangat juang pasukannya

ISKANDAR PUTERI: Keputusan seri 3-3 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini menjadi penutup sempurna kempen pramusim skuad Harimau Selatan menjelang musim baharu.

Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz, menyatakan rasa bangga terhadap prestasi anak buahnya yang mempamerkan semangat juang dan karakter tinggi ketika berdepan pasukan bertaraf dunia itu sepanjang 90 minit permainan.

Beliau berkata perlawanan berprofil tinggi berkenaan bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan taktikal pasukan, malah membuktikan persiapan pramusim yang dilalui JDT membuahkan hasil pada tahap tertinggi.

“Saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada pemain kami kerana mereka mempamerkan aksi yang luar biasa hari ini. Mereka bermain dengan sangat baik.

“Inilah tahap yang kami sasarkan sepanjang pramusim, bermain dengan karakter, semangat dan kekuatan seperti ini. Ini satu langkah ke hadapan buat kami,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Aksi persahabatan antarabangsa itu merupakan perlawanan terakhir Chelsea dalam Jelajah Pramusim di Asia. Pasukan itu akan kembali ke Stamford Bridge untuk menentang Real Sociedad pada 15 Ogos sebelum membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham pada 25 Ogos.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved