Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini

4 Oct 2026 • 9:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini
Seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh.

BATU PAHAT - Tiga pelajar lelaki ditahan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat sini, pada Sabtu.

Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad, untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Ketiga-tiga pelajar berusia 16 tahun itu ditahan beberapa jam susulan penemuan mayat mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, kira-kira jam 5.30 petang.

Mereka adalah pelajar sekolah sama dengan mangsa Irene Sofiya yang disyaki dibunuh dengan kejam sebelum ditinggalkan dalam dewan di sekolahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved