Sertai lawatan ke Rom, Khaled Nordin sedia temui gergasi teknologi ketenteraan Itali

WorldPolitics
30 Jun 2025 • 9:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
khaled nordin

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kini berada di Rom bagi menyertai lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2025.

image is not available

Khaled Nordin sudah tiba di Itali

Dalam perkongsiannya di media sosial, Khaled memaklumkan beliau telah tiba pagi tadi di Lapangan Terbang Leonardo da Vinci Fiumicino dan disambut oleh Brigadier General Giuseppe Diotallevi serta Kepten Mohd Kindil Md Akim, Atase Pertahanan Malaysia di Itali.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Itali, TYT Guido Crosetto pada Selasa di Kementerian Pertahanan Itali,” katanya.

image is not available

Khaled Nordin dijadual adakan pertemuan strategik bersama 2 syarikat

Selain menyertai atur cara Perdana Menteri, Khaled dijadual mengadakan pertemuan strategik bersama dua syarikat teknologi ketenteraan utama Itali iaitu Leonardo dan Fincantieri.

Kedua-dua syarikat tersebut cukup terkenal dalam sektor aeroangkasa, pertahanan dan pembinaan kapal perang.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut akan melakukan pertemuan dengan Ricerfarma iaitu syarikat farmaseutikal terkemuka di negara berkenaan.

image is not available

Lawatan ini dijangka membuka ruang kerjasama dua hala Malaysia-Itali dalam bidang pertahanan, keselamatan dan kesihatan, selain memperkukuh jaringan strategik antarabangsa negara.