Sertai PM Anwar Ke Itali, Khaled Nordin Bakal Bertemu Gergasi Industri Pertahanan

LocalPolitics
30 Jun 2025 • 9:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Khaled Nordin

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kini berada di Rom, Itali bagi menyertai lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2025.

Khaled Nordin sudah tiba di Itali

Menerusi perkongsian beliau di media sosial, Khaled dilihat sudah tiba di Lapangan Terbang Leonardo da Vinci Fiumicino pagi tadi dan disambut oleh Brigadier General Giuseppe Diotallevi dan Kepten Mohd Kindil Md Akim, Atase Pertahanan Malaysia di Itali.

image is not available

Khaled Nordin bakal hadiri beberapa pertemuan penting

Difahamkan, sepanjang lawatan tersebut beliau dijadual menghadiri aturcara rasmi bersama Perdana Menteri serta mengadakan beberapa pertemuan penting dengan pemain industri pertahanan dan farmaseutikal Itali.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Itali, TYT Guido Crosetto pada Selasa di Kementerian Pertahanan Itali,” katanya.

image is not available

Sesi pertemuan dengan syarikat pertahanan utama

Antara yang menjadi tumpuan ialah sesi pertemuan dengan syarikat pertahanan utama Leonardo dan Fincantieri, yang masing-masing terkenal dalam pembangunan teknologi ketenteraan dan pembinaan kapal perang.

Belaiu juga dijadual untuk bertemu wakil syarikat Ricerfarma, pengeluar farmaseutikal terkemuka Itali.

image is not available

Lawatan ini dijangka mengukuhkan kerjasama dua hala Malaysia–Itali dalam sektor pertahanan, teknologi keselamatan dan kesihatan, selari dengan usaha negara memperluas jaringan strategik global.