Sesak Nafas & Mahu Turun Dengan Cepat Alasan Penumpang Buka Pintu Kecemasan Pesawat

Entertainment
28 May 2023 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kami ada melaporkan berita tentang seorang penumpang penerbangan Asiana Airlines dari Pulau Jeju ke Daegu di Korea Selatan yang telah membuka pintu kecemasan pesawat kira-kira dua minit sebelum mendarat.

Kejadian itu telah menyebabkan beberapa orang penumpang lain terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara masalah pernafasan. Boleh baca berita penuh di sini.

Penumpang lelaki yang bertindak sedemikian telah ditahan sejurus kapal terbang mendarat. Selepas disoal siat, rupanya dia mengatakan dia membuka pintu tersebut kerana dia berasa sesak nafas.

image is not available

Selain itu, lelaki itu juga memberi alasan bahawa dia mahu turun dengan cepat dari pesawat.

Siasatan polis turut mendapati bahawa lelaki yang berusia 30-an itu baru sahaja kehilangan pekerjaan dan masalah itu telah menyebabkannya mengalami stres.

Sebelum kejadian, dia merasakan penerbangan itu sangat lama dari tempoh yang sepatutnya.

Tempoh yang lama itu menyebabkannya mula berasa sesak nafas, dedah pihak polis yang menyiasat kes terbabit.

Difahamkan, tindakannya itu yang telah melanggar undang-undang keselamatan penerbangan akan menyebabkannya dihukum penjara hingga 10 tahun.

Sumber: NBC News

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.