Sesak teruk sejak subuh, laluan ke Utara tidak bergerak

5 Aug 2026 • 8:34 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sesak teruk sejak subuh, laluan ke Utara tidak bergerak

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Sungai Bakap dilaporkan sesak teruk selepas sebuah lori terbalik dalam kemalangan di Kilometer 170.9 arah utara dari Bandar Baharu ke Jawi, pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam makluman trafik yang dikeluarkan pada pukul 7.13 pagi memaklumkan, kemalangan itu menyebabkan semua lorong di lokasi kejadian terhalang sehingga aliran trafik terhenti sepenuhnya.

“Susulan terdapat kemalangan di KM170.9 arah utara dari Bandar Baharu ke Jawi. Semua lorong arah utara terhalang. Trafik terhenti. Rancang perjalanan anda. Segala kesulitan amatlah dikesali,” kata LLM, hari ini.

Sementara itu, siaran langsung seorang pengguna TikTok di lokasi kejadian memaparkan kesesakan trafik yang panjang dengan deretan kenderaan termasuk lori, bas dan kereta tidak bergerak akibat laluan yang terhalang.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi mengenai punca kemalangan serta sama ada insiden itu mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. – KOSMO! ONLINE

The post Sesak teruk sejak subuh, laluan ke Utara tidak bergerak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved