Masuk dulu, kebajikan dijaga – Zambry

LocalFamily & Parenting
22 Aug 2026 • 12:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Masuk dulu, kebajikan dijaga – Zambry

PETALING JAYA – Tiada pelajar seharusnya tercicir daripada melanjutkan pengajian hanya kerana berdepan masalah kewangan atau musibah dalam kehidupan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menegaskan, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa prihatin terhadap kebajikan mahasiswa dan tidak mahu kesusahan menjadi sebab seseorang terpaksa mengorbankan pendidikan.

Perkara itu turut dizahirkan ketika Zambry berkesempatan mengadakan panggilan video bersama pelajar baharu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Siti Nor Ashikin Zakaria sempena kunjungan Ziarah Kasih UniMAP.

Siti Nor Ashikin yang bakal mengikuti pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Pertanian kehilangan rumah keluarganya di Kampung Gak Kapur, Kota Bharu selepas musnah dalam kebakaran pada awal Jun lalu.

“Jangan jadikan apa yang berlaku sebagai penghalang untuk terus berjaya. Teruskan pengajian dengan bersungguh-sungguh dan jadikan segala ujian ini sebagai kekuatan untuk melangkah lebih jauh,” katanya.

Difahamkan, bapanya, Zakaria Hassan kini menumpang sementara di Surau Al-Ikhsan berhampiran tapak rumah mereka, manakala Siti Nor Ashikin tinggal bersama sepupunya di rumah sewa yang disediakan kerajaan.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu turut kehilangan ibunya enam tahun lalu, namun tetap memilih untuk meneruskan pengajian tinggi meskipun berdepan kehidupan serba kekurangan.

Sebagai tanda keprihatinan, Siti Nor Ashikin dan adiknya, Ahmad Faris Zakaria masing-masing menerima Bantuan Awal Pendidikan Tinggi sebanyak RM1,000 daripada Yayasan Perkasa Siswa, selain Bantuan Awal Pendidikan UniMAP sebanyak RM500 seorang.

Ahmad Faris turut menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Program Ziarah Kasih UniMAP akan diteruskan di beberapa lokasi lain bagi mendekati bakal mahasiswa dan keluarga yang berdepan kesusahan serta memerlukan bantuan. – KOSMO! ONLINE

The post Masuk dulu, kebajikan dijaga – Zambry appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved