Setiap aduan perlu siasatan menyeluruh – KP SPRM

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 12:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Setiap aduan perlu siasatan menyeluruh – KP SPRM

PETALING JAYA: Tidak semua aduan yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan disahkan benar atau berakhir dengan pendakwaan kerana setiap kes perlu melalui proses siasatan menyeluruh.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, fungsi SPRM adalah menjalankan siasatan termasuk mempertimbangkan semua sudut sebelum mengemukakan syor berdasarkan hasil siasatan.

Katanya, masyarakat perlu memahami proses tersebut dan tidak mengharapkan setiap aduan menghasilkan keputusan mengikut kehendak pengadu.

“SPRM ialah agensi bebas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak.

“Tidak bermakna setiap aduan yang dibuat kepada SPRM mesti disahkan benar. Fungsi SPRM ialah menyiasat, meneliti keterangan, mempertimbangkan semua sudut dan membuat syor berdasarkan hasil penyiasatan.

“Selepas itu, kertas siasatan dirujuk kepada pihak Peguam Negara untuk pertimbangan dan keputusan lanjut,” katanya dalam program podcast SPRM hari ini. 

Abd. Halim berkata, pegawai penyiasat SPRM merupakan pegawai yang kompeten, bertauliah dan diwartakan untuk menjalankan siasatan secara profesional serta tanpa memihak.

“Sebagai Ketua Pesuruhjaya, saya perlu memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menjalankan tugas secara profesional dan tanpa memihak.

“Selepas siasatan dibuat dan disemak oleh pihak atasan, perkara itu dirujuk kepada Peguam Negara. 

“SPRM memperakukan hasil siasatan, tetapi keputusan untuk mendakwa atau tidak mendakwa berada di bawah bidang kuasa Peguam Negara,” katanya.– UTUSAN

The post Setiap aduan perlu siasatan menyeluruh – KP SPRM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved