Godam MyIMMs: Sindiket disyaki rasuah pegawai imigresen sehingga RM6,000

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 9:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Godam MyIMMs: Sindiket disyaki rasuah pegawai imigresen sehingga RM6,000

PETALING JAYA – Sindiket yang didakwa menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi meluluskan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah dipercayai membayar rasuah antara RM1,000 hingga RM6,000 bagi setiap permohonan kepada pegawai Jabatan Imigresen (JIM).

Kegiatan itu didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan 12 individu menerusi Op Crack, termasuk dua pengarah syarikat, tiga warga asing, enam pegawai JIM dan seorang pegawai polis.

Menurut sumber, siasatan mendapati wang rasuah itu diberikan sebagai balasan membantu mendapatkan kelulusan PLKS tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Perintah reman selama tiga hari sehingga 31 Julai terhadap lima suspek lelaki dan dua hari sehingga 30 Julai terhadap lima suspek lelaki serta dua suspek wanita.

“Perintah berkenaan telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi,” katanya.

Sumber berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan antara pukul 2 petang hingga 5 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang.

Semalam, SPRM melalui Bahagian Perisikan dengan kerjasama Bahagian Perisikan, JIM telah menjalankan operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Operasi tersebut turut dibantu oleh Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara dan Bahagian Forensik Teknologi SPRM.

Selain itu, SPRM turut menyita harta alih seperti wang tunai bernilai RM186,360, wang tunai Singapore dollar SGD 700 dan barangan kemas bernilai RM 15,700.

Turut disita telefon bimbit, komputer riba serta alat elektronik yang dianggarkan bernilai RM36,000.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 16 (a) Akta SPRM 2009,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Godam MyIMMs: Sindiket disyaki rasuah pegawai imigresen sehingga RM6,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved