
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pasti ramai yang pernah terlupa tempat atau lokasi sesuatu barang yang diletakkan lebih-lebih lagi apabila di dalam rumah.
Ia sememangnya masalah biasa yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.
Kadangkala, sukar untuk mengingati di mana tempat sebenar barang atau dokumen itu berada hingga ada yang terpaksa menyelongkar satu rumah.
Bapa Mentua Label Setiap Barang, Siap Letak Tarikh Pembelian
Namun, lain pula dengan bapa mentua seorang wanita ini yang akan meletakkan label nama pada setiap barang di rumahnya.
Kongsi wanita berkenaan di Threads @shuhada.sukri, bapa mentuanya itu bertindak sedemikian bagi memudahkan mereka sekeluarga untuk mengesan semua barangan terbabit.
Lebih menarik,beliau bukan sekadar meletakkan nama pada setiap barang namun tarikh pembelian atau waktu servis peralatan rumah juga diletakkan sekali.
Ada Nama Barang Yang Ditulis Dalam Bahasa Inggeris Ikut Gaya Sendiri
Menerusi hantaran tersebut, Shuhada turut berkongsi gambar memaparkan barangan yang telah diletakkan label serta tarikh pembelian mahupun penyelenggaraan.
Antara barangan tersebut adalah peti ais, penapis air (water filter), laci yang mengandungi dokumen penting seperti fail dan sijil sekolah anak-anak, bekas pengecas malah tempat letak baju Melayu turut mempunyai label.

Menariknya, ada barang yang namanya dalam Bahasa Inggeris namun dieja mengikut caranya tersendiri.
Antaranya seperti tempat letak powerbank yang dieja sebagai power band, ejaan marker pen menjadi maker pen dan ubat stapler dieja sebagai ubat stemper.

Siap ada jadual untuk aktiviti dan janji temu doktor
Selain dari nama serta tarikh pembelian atau servis barang berkenaan, bapa mentua wanita itu turut membuat jadual bagi beberapa aktiviti dan janji temu seperti tarikh berjumpa doktor, rawatan mata, aktiviti meletak baja pokok dan mencuci filter.

Siap Dapat Pujian Dari Orang Servis Penyaman Udara
Kongsi suami wanita berkenaan di ruangan komen, bapanya yang merupakan bekas kerani sememangnya gemar meletakkan label pada setiap barangan di rumah mereka.
“Ya itu bapa saya. Sekarang dah pencen dah. Dulu kerja sebagai pembantu tadbir atau kerani. Dalam rumah kami semua dia label. Nasib anak-anak ja dia tak pelekat label.
“Dari segala barang, bekas simpanan, tarikh beli, tarikh kena servis semua ada label. Kadang kami tak faham pun apa dia label (sebab english dia eja dalam Bahasa Melayu).
Malah, perbuatan bapanya itu turut mendapat pujian dari pekerja yang sebelum ini datang perkhidmatan servis pendingin hawa (aircond) di rumah mereka.
“Orang servis aircond pun puji, senang dia nak trace bila last servis sebab bapa saya letak pelekat dah dekat aircond tu tarikh last servis. Doakan bapa saya sentiasa sihat dan boleh terus melabel,” kongsinya.
View on Threads
Pengguna Media Sosial Luah Rasa Kagum
Perkongsian yang telah mendapat lebih 330,000 tontonan itu nyata mendarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum melihat cara unik bapa mentua wanita itu yang melabel setiap barangan dalam rumah.
Malah, ada yang mengaitkan tindakan sebegitu dengan amalan dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsi pengalaman sendiri mempunyai ahli keluarga yang melakukan perkara sama.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Mesti Kerani Aset, Terbaik. Senang Audit Tarikh, Boleh Lupuskan Bila Lama”

“Bagusnya, Lulus Audit 5S”

“Wow EKSA 5S, Aset Tagging TipTop”

“Ayah Saya, Almari Baju Dia Label Seluar Panjang, Seluar 2 Suku, Baju Lengan Pendek, Baju Kemeja”

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Minta Tinggal Barang Di Rumah, Rider Guna Nama ‘Rak Kasut’ Sebagai Penerima
Baca Artikel Berkaitan: “Luar Flat Dalam Kondo” – Dekorasi Dalaman Rumah PPR Raih Pujian Ramai [Video]
