
Berpindah ke rumah baru kerana mendapat tawaran kerja yang lebih baik atau melangkah ke fasa kehidupan yang berbeza, pasti ada cerita yang tersendiri.
Namun, di sebalik setiap perpindahan, ada juga cabaran yang perlu dihadapi, termasuk kos dan urusan mengangkut barang dari satu tempat ke tempat lain.
AdvertisementBagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, Lalamove memperkenalkan kempen Moving Memories with Lalamove.
Menerusi kempen ini, Lalamove ingin menunjukkan bahawa perkhidmatan pemindahan bukan sekadar tentang mengangkut barang, tetapi juga membantu individu, keluarga dan komuniti memulakan lembaran hidup baru.
Kongsi Kisah Anda, Berpeluang Menang Perkhidmatan Pindah Secara Percuma
Mungkin ada keluarga anda yang memerlukan bantuan untuk berpindah ke rumah baru. Atau ada adik, seorang pelajar yang sedang membuat persiapan ke alam universiti.
Boleh jadi juga perniagaan kecil yang mahu melebarkan sayap operasi demi kelancaran bisnes.
Lalamove akan memilih tiga kisah terbaik untuk menerima perkhidmatan pemindahan yang ditaja sepenuhnya.
Tidak terhad kepada itu, badan bukan kerajaan (NGO) yang mungkin ada cerita sendiri juga boleh menyertai.
Perkhidmatan pemindahan yang ditaja itu perlu dijadualkan dan diselesaikan sebelum 6 Disember 2026.
Bantu Memulakan Lembaran Baru
Setiap perpindahan membawa makna yang berbeza. Bagi sesetengah orang, ia mungkin permulaan kehidupan di tempat baru.
Bagi yang lain pula, ia menjadi langkah penting untuk mengembangkan perniagaan atau meneruskan misi membantu masyarakat.
Sebab itulah kempen Moving Memories with Lalamove memberi tumpuan kepada kisah di sebalik setiap perpindahan.
Kenderaan Pelbagai Saiz Ikut Keperluan
Tak semua perpindahan memerlukan lori besar. Ada pelajar yang cuma perlu mengangkut beberapa kotak dan barang keperluan berskala kecil.
Ada juga yang melibatkan perabot berat, kelengkapan pejabat atau barangan perniagaan dalam jumlah yang lebih besar.
Bagi memenuhi keperluan berbeza ini, Lalamove menawarkan pilihan kenderaan termasuk Pikap 4×4, Van serta Lori 10-kaki, 14-kaki dan 17-kaki.
Pengguna boleh memilih kenderaan mengikut jenis dan jumlah barang yang ingin dipindahkan. Urusan penghantaran juga boleh dijadualkan dan diuruskan melalui aplikasi Lalamove, dengan harga yang telus untuk membantu pengguna merancang perbelanjaan.
Sertai Kempen Moving Memories with Lalamove
Bagi yang berminat untuk berkongsi cerita sendiri atau tahu seseorang yang memerlukan bantuan, penyertaan dibuka selama empat minggu, bermula 12 Oktober hingga 8 November 2026.
Caranya mudah:
Langkah 1
Layari laman kempen Moving Memories with Lalamove dan akses portal penyertaan sepanjang tempoh kempen.
Langkah 2
Lengkapkan borang penyertaan dengan kongsi kisah anda , perniagaan atau NGO yang memerlukan bantuan perpindahan.
Langkah 3
Tunggu proses penilaian oleh pihak Lalamove berdasarkan impak cerita, kebolehlaksanaan dan kelayakan.
Langkah 4
Tiga kisah terpilih akan dihubungi oleh Lalamove untuk menerima perkhidmatan penghantaran yang ditaja sepenuhnya.
Pastikan kisah yang dikongsikan menerangkan keperluan perpindahan dan bagaimana bantuan tersebut boleh memberi manfaat kepada individu atau organisasi berkenaan.
Nikmati Diskaun 30% Dengan Lalamove
Bagi mereka yang tidak mahu menunggu atau memerlukan bantuan untuk menghantar barangan bersaiz besar, Lalamove turut menawarkan promosi khas untuk pengguna baharu.
Gunakan kod promosi LABESAR untuk menikmati diskaun 30% bagi penghantaran pertama menggunakan kenderaan besar, iaitu Pikap 4×4, Van atau Lori.
Kongsikan kisah anda melalui kempen Moving Memories with Lalamove dari 12 Oktober hingga 8 November 2026.
*Tertakluk terma dan syarat.
The post Setiap Perpindahan Ada Kisah Suka Dan Duka, Lalamove Nak Taja 3 Kisah Terpilih Melalui Kempen Moving Memories first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






