
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Jika korang perasan, kebanyakan pusat beli belah kini sedang menjual kuih bulan sempena meraikan pesta pertengahan musim luruh yang juga dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan.
Menariknya, kuih yang sinonim dengan masyarakat Cina ini didatangkan dengan pelbagai perisa mengikut citarasa individu itu sendiri.
Kini, individu lain khususnya yang beragama Islam juga berpeluang untuk menikmati kuih tradisional ini memandangkan ada penghasilan kuih tersebut yang telah mendapat status sijil halal di Malaysia.
Kalau mahukan kelainan dan berniat mahu membantu, anda boleh menyertai Program Amal Kuih Bulan anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).
Program Amal Kuih Bulan Sasar Dana RM50,000, Bantu Lebih 1,700 Pesakit Buah Pinggang
Bukan hanya sekadar menjadi tradisi perayaan, Program Amal Kuih Bulan yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk mengumpul dana sehingga RM50,000.
Setiap hasil pembelian dan kutipan dari orang ramai akan terus disalurkan sebagai subsidi bagi menampung perbelanjaan rawatan dialisis pesakit buah pinggang yang memerlukan lebih-lebih lagi bagi 1,700 pesakit di bawah jagaaan NKF.
Jelas NKF, pihaknya berusaha gigih untuk memastikan rawatan dialisis yang menyelamatkan nyawa boleh dijalani oleh pesakit yang memerlukan khususnya dari kumpulan B40.
Bagi mereka, dialisis berkala bukan sahaja penting malah amat diperlukan bagi meneruskan kehidupan.
Sumbangan melalui kempen ini dilihat dapat membantu meringankan beban kewangan dan menawarkan kualiti kehidupan yang lebih baik.
Menurut Ketua Pegawai Ekskutif NKF, Choo Kok Ming, setiap kotak pembelian memberikan makna kepada pesakit buah pinggang ini.
“Setiap kotak kuih bulan yang dibeli sesungguhnya menghulurkan bantuan dan membawa kesan bermakna kepada mereka yang terkesan dengan penyakit buah pinggang kronik.
“Sumbangan yang diberikan dengan seikhlas hati ini menghasilkan impak yang berpanjangan,” katanya.

NKF Kerjasama Dengan Oversea & Yooky Tawar Set Kuih Bulan Yang Pastinya Halal
Pada tahun ini, NKF bekerjasama dengan Oversea dan Yooky menawarkan set kuih bulan yang pastinya halal malah disediakan dalam bungkusan yang menarik.
Memang sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada ahli keluarga atau rakan-rakan!
Bukan itu sahaja, setiap set didatangkan dengan pelbagai perisa dan reka bentuk bagi memenuhi cita rasa individu.
Paling penting, setiap wang yang dibelanjakan menerusi pembelian kuih bulan ini akan membantu memberi sinar kepada mereka yang memerlukan.

Set Kuih Bulan Datang Dengan Pelbagai Perisa
Setiap set kuih bulan dari Oversea dan Yooky mempunyai bilangan serta perisa yang berbeza mengikut citarasa anda. Tak adalah susah nak buat pilihan nanti!
Paling penting, kuih bulan ini mempunyai status halal dan selamat untuk dimakan.
Bagi kuih bulan dari Oversea, ia didatangi dengan dua pilihan set dengan setiap daripadanya mempunyai empat jenis kuih dengan berat 160 gram (gm) setiap satu.

Set A didatangkan dengan perisa:
- Lotus paste 1 yolk
- Kacang merah
- Campuran kacang dan buah-buahan
- Shanghai 1 yolk
Set B pula didatangkan dengan prisa:
- Teh hijau dengan kacang merah
- Inti teratai putih
- Royal Fairy (inti teratai dan mung bean)
- Golden Starlight 1 Yolk (inti teratai pandan dan mung bean)
Bagi kuih bulan dari jenama Yooky, set ini datang dengan enam jenis kuih bulan pelbagai perisa dengan berat 80 gm setiap satu.

Set A didatangkan dengan pilihan perasa seperti:
- Pure white lotus
- Mixed nuts
- Kacang merah azuki
- Hazelnut chocolate lava
- Matcha Azuki red bean
- White lotus salted egg lava

Set B pula dengan pilihan citarasa seperti:
- Pure white lotus
- Azuki red bean
- Black sesame
- Hazelnut chocolate lava
- Purple sweet potato pumpkin
- Matcha azuki red bean

Cara Pembelian Kuih Bulan Dari Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan
Buat anda yang berminat untuk membuat pembelian, anda boleh melihat rangkaian penuh set kuih bulan atau membuat pesanan melalui lawan web rasmi mereka.
Jangan terlambat kerana pembelian kuih bulan ini hanya dibuka kepada orang ramai sehingga 6 Oktober 2025.
Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh menghubungi Jabatan Kutipan Dana, NKF di talian 03-7954 9048 atau e-mel menerusi fundraising@nkf.org.my.






![Fun Habis! Grab Lancar Lagu ‘Keranamu Malaysia’, Khas Untuk Orang Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/music.jpeg)