Shafie dihukum penjara lima minggu, tidak hilang kelayakan ADUN

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 6:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Shafie dihukum penjara lima minggu, tidak hilang kelayakan ADUN

KOTA KINABALU: Bekas Ke­tua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah, susulan kenya­taannya berhubung inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Bagaimanapun, Hakim Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan Presiden Parti Warisan (Warisan) itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu ra­yuan di Mahkamah Tinggi.

Ketika berucap dalam satu acara di Kinabatangan pada September tahun lalu, Mohd. Shafie menyifatkan kematian Zara Qairina sebagai ‘pembunuhan’ dan mempersoal­kan tindakan pihak berkuasa dalam mengendalikan kes itu.

Kenyataan itu dibuat ketika inkues kematian remaja ber­kenaan masih berlangsung di hadapan Amir Shah.

Pada 23 Oktober 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapat kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding terhadap Mohd. Shafie.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.

Setakat ini, inkues bagi menentukan punca kematiannya masih berjalan.

Sementara itu, hukuman penjara lima minggu ke atas Mohd. Shafie tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya berkata, seseorang ADUN akan hilang kelayakan jika dijatuhi hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau 12 bulan.

“Kalau hukuman penjara (bawah setahun), tiada kesan. Tidak tahulah kalau ada denda yang dikenakan oleh mahkamah. Kalau ada denda tetapi di bawah RM2,000, tidak juga terjejas kedudukannya.

“Apa pun, kalau hukuman masih dirayu, kedudukannya kekal status quo, belum ada sebarang kesan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. – UTUSAN

The post Shafie dihukum penjara lima minggu, tidak hilang kelayakan ADUN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved