Tiada kesan serta-merta terhadap kerusi DUN Shafie

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 10:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Tiada kesan serta-merta terhadap kerusi DUN Shafie

Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang walaupun dijatuhi hukuman penjara lima minggu, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim A Yahya (gambar), lapor New Straits Times.

Kadzim berkata, hukuman yang dikenakan terhadap Presiden Parti Warisan itu tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Adun pada peringkat ini.

Beliau berkata, hukuman penjara semata-mata tidak memberi kesan terhadap status Shafie, sambil menambah bahawa sekiranya denda dikenakan sekali pun, ia tidak menjejaskan kedudukannya jika jumlahnya kurang daripada RM2,000.

Mengikut undang-undang Malaysia, seseorang Adun boleh hilang kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara melebihi 12 bulan atau didenda RM2,000 dan ke atas, kecuali mendapat pengampunan atau berjaya mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan undang-undang.

Kadzim berkata, kedudukan Shafie kekal tidak berubah selagi kes berkenaan masih dalam proses rayuan, selepas beliau dijatuhi hukuman penjara lima minggu kerana menghina mahkamah berhubung kenyataan yang dibuat berkaitan inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved