Hukuman Penjara 5 Minggu Tidak Jejas Kedudukan Shafie Sebagai ADUN

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Hukuman Penjara 5 Minggu Tidak Jejas Kedudukan Shafie Sebagai ADUN

KUALA LUMPUR - Hukuman penjara lima minggu yang dijatuhkan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, berkata hukuman penjara semata-mata tidak semestinya menyebabkan seseorang wakil rakyat kehilangan kelayakan untuk terus memegang jawatan.

Menurutnya, perkara itu bergantung kepada bentuk hukuman yang diputuskan mahkamah, termasuk sama ada turut dikenakan denda dan jumlahnya.

“Jika hukuman penjara itu tidak memberi kesan, saya tidak pasti sama ada mahkamah turut mengenakan denda.

“Sekiranya ada denda tetapi jumlahnya di bawah RM2,000, ia juga tidak akan menjejaskan kedudukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas implikasi undang-undang terhadap kedudukan Mohd Shafie susulan sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atas Presiden Parti Warisan itu.

Kadzim turut menjelaskan bahawa sekiranya keputusan mahkamah masih dalam proses rayuan, status Mohd Shafie sebagai ADUN kekal seperti sedia ada.

“Walau apa pun, jika hukuman itu masih dirayu, kedudukannya kekal status quo dan tiada sebarang kesan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataannya berkaitan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir. - Getaran, 29 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved