Shahidan Kassim teliti isu kemalangan roller coaster di taman tema, untuk bawa usul ke Parlimen

LocalPolitics
25 Aug 2026 • 8:55 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Shahidan Kassim teliti isu kemalangan roller coaster di taman tema, untuk bawa usul ke Parlimen

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mahu meneliti isu kemalangan melibatkan permainan roller coaster di sebuah taman tema popular di Subang Jaya, untuk dibawa sebagai usul ke Parlimen.

Kemalangan berkenaan mengakibatkan 10 pengunjung cedera namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Shahidan dalam hantaran di Facebooknya berkata, untuk itu, beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan supaya disalurkan kepadanya.

“Dikatakan ada satu kes melibatkan taman tema.

“Jika ada yang mempunyai maklumat atau info berkaitan, mohon berikan kepada saya untuk diteliti dan dibawa sebagai usul di Parlimen,’’ katanya ringkas menerusi hantaran berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata seramai 10 pengunjung cedera dalam kemalangan roller coaster di sebuah taman tema di Subang Jaya, pada Sabtu lepas.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, seramai 22 pengunjung termasuk pelancong asing berusia antara 11 hingga 44 tahun sedang menaiki permainan berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, 10 mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan sekitar Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan.

"Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kematian dilaporkan," katanya.

Wan Azlan berkata, polis telah melancarkan siasatan bagi menentukan keadaan yang membawa kepada kejadian tersebut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil ke hadapan dan membantu siasatan, sambil menegaskan bahawa identiti semua pemberi maklumat akan dirahsiakan. - 25 Ogos, 2026

The post Shahidan Kassim teliti isu kemalangan roller coaster di taman tema, untuk bawa usul ke Parlimen appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved