Shahmalarani tuai emas ketiga Malaysia

23 Sep 2026 • 2:52 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Shahmalarani tuai emas ketiga Malaysia

PETALING JAYA: Atlet karate negara, C Shahmalarani merangkul pingat emas dalam kategori kumite wanita bawah 50 kilogram (kg) pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, di Gimnasium Toyohashi, sebentar tadi.

Shahmalarani menewaskan wakil Hong Kong, Tsang Yee Ting menerusi keputusan juri selepas kedua-dua atlet terikat 0-0 dalam aksi final yang sengit.

Kejayaan itu menyaksikan Shahmalarani menyumbang pingat emas ketiga buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Lebih manis, kejayaan berkenaan turut menjadi pembalasan buat Shahmalarani selepas dia pernah tewas kepada wakil Uzbekistan, Gulshan Alimardanova pada perlawanan akhir kejohanan dunia tahun lalu.

Shahmalarani terlebih dahulu menewaskan Fong Man Wai dari Macau 8-0 pada pusingan pembukaan sebelum menundukkan Saiama Jaman dari Bangladesh 5-4 di peringkat suku akhir.

Pada separuh akhir, atlet negara itu sekali lagi berdepan Alimardanova dan memastikan kemaraan ke final selepas mencatat kemenangan tipis 3-2.

Alimardanova kemudiannya terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas tewas kepada Man Wai 5-6 dalam penentuan pingat tempat ketiga.

Satu lagi pingat gangsa menjadi milik atlet Filipina, Marie June Adriano yang menewaskan Chung Ya-chi dari Taiwan 10-3.

Kemenangan ke atas Alimardanova bukan sahaja membawa Shahmalarani ke pentas final, malah membuka laluan buatnya menamatkan kempen dengan penuh bergaya menerusi emas selepas mengatasi Tsang dalam pertarungan penentuan.

Pingat itu sekali gus menambah kilauan kontinjen negara di Aichi-Nagoya, dengan Shahmalarani kini menjadi antara wira yang menghadiahkan emas buat Malaysia.-UTUSAN

The post Shahmalarani tuai emas ketiga Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved