SHAKAM: Kontinjen negara raih RM1.1 juta

4 Aug 2026 • 8:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SHAKAM: Kontinjen negara raih RM1.1 juta

SEPANG: Kejayaan kontinjen negara menutup kempen Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan pencapaian melepasi sasaran bukan sahaja mengangkat imej sukan Malaysia, malah turut disusuli ganjaran keseluruhan RM1.1 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (SHAKAM) sebagai penghargaan kepada atlet yang menyumbang pingat.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, setiap pemenang pingat emas akan menerima ganjaran RM80,000, selain bonus tambahan RM10,000 kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod temasya.

“Bagi SHAKAM, kita memberikan ganjaran mengikut warna pingat iaitu RM80,000 untuk emas dan jika atlet memecahkan rekod temasya, mereka menerima tambahan RM10,000.

“Bagi pemenang pingat perak pula ganjarannya RM40,000, manakala pingat gangsa menerima RM20,000,” katanya ketika menyambut kepulangan kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Menurut Taufiq, kerajaan turut meneliti cadangan menaikkan kadar ganjaran SHAKAM pada masa depan menerusi kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan kebajikan atlet negara terus diperkasakan.

“Di peringkat MSN, kita sedang berbincang mengenai cadangan meningkatkan kadar SHAKAM dan sudah tentu ia memerlukan penelitian serta sokongan bukan sahaja daripada kerajaan, malah sektor korporat.

“Secara keseluruhannya, sebanyak RM1.1 juta SHAKAM akan disalurkan kepada atlet yang berjaya menghadiahkan lapan emas, tiga perak dan lima gangsa di Glasgow,” katanya. – UTUSAN

The post SHAKAM: Kontinjen negara raih RM1.1 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved