Shamsul Iskandar, Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman

LocalPolitics
29 Nov 2025 • 11:32 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Shamsul Iskandar, Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman

PUTRAJAYA, 29 November (Bernama) — Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya pagi ini dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi proses permohonan reman.

Kedua-dua mereka yang bergari dan memakai baju lokap SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dengan diiringi pegawai suruhanjaya berkenaan, untuk membantu siasatan dakwaan rasuah.

Semalam, SPRM menahan mereka dan Sofia Rini Buyong bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul Iskandar bagi mendapatkan semula wang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Shamsul Iskandar dan Sofia Rini ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas memberikan keterangan, manakala Tei ditahan di rumahnya di Puchong.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved