Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik Kanan PM

LocalPolitics
25 Nov 2025 • 6:09 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

Menerusi hantaran di platform X itu, beliau berkata, keputusan tersebut dibuat susulan wujud percubaan untuk menyerang beliau dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya.

Baca juga:

Shamsul turut memaklumkan bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada pagi tadi.

“Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya.