Siap Beri Air Kosong Untuk Bekal, Ramai Kagum Lihat Keperibadian Aunty Bagi Air Minuman Kepada Pekerja Kurier [Video]

16 Jun 2025 • 10:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai manusia, setiap orang disarankan untuk berbuat baik terhadap individu lain di atas muka bumi ini.

Masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan sikap atau perbuatan baik mereka kepada orang lain.

Mungkin bagi segelintir orang perkara tersebut nampak kecil namun bagi mereka yang menerima kebaikan itu, ia dianggap satu nikmat yang besar.

Warga Emas Beri Air Sejuk Kepada Pekerja Kurier

Baru-baru ini, tular di media sosial perbuatan baik seorang wanita warga emas berbangsa India yang menyantuni pekerja kurier di hadapan rumahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pekerja berkenaan di TikTok @roslina.rozman, kelihatan wanita warga emas yang digelar sebagai aunty itu sedang berada di hadapan pagar rumah sambil memegang secawan air yang berwarna oren dan sebuah botol air kosong.

Apa yang menjadi perhatian, minuman berkenaan bukanlah untuk dirinya namun bagi pekerja kurier yang berada di hadapan rumahnya itu.

Pekerja Kurier Kongsi Air Dengan Suami, Tolak Pemberian Aunty Yang Mahu Sediakan Lagi Air

Pekerja kurier wanita itu kemudiannya dilihat meneguk air tersebut lalu dan berkongsi minuman berkenaan dengan seorang lelaki yang dipercayai suaminya.

Lebih menjadi perhatian, aunty itu turut menawarkan satu lagi cawan buat mereka.

Namun, ia ditolak dengan baik oleh wanita berkenaan yang mahu berkongsi sahaja minuman tersebut bersama suaminya.

Bukan itu sahaja, warga emas itu turut memberikan sebotol air minuman sejuk kepada wanita berkenaan sebagai bekalan untuk dia dan suami ketika bekerja.

Beri Air Kepada Pekerja Depan Rumah Kerana Ikut Pesanan Suami

Kongsi pengguna berkenaan di ruangan komen, warga emas itu sering bertindak sedemikian kerana mengikut pesanan suaminya agar memberi minuman yang sejuk kepada mereka yang bekerja di hadapan rumah.

Wanita itu berkata demikian selepas membalas komen seorang pengguna TikTok yang dipercayai anak kepada warga emas berkenaan.

image is not available

“Aunty ini cakap kesian tengok aku berpeluh-peluh tengah panas. Selalu dia bagi air dekat aku. Thank you aunty baik,” tulis pengguna itu di ruangan kapsyen.

@roslina.rozman

Aunty ni ckp kesian tgk aku berpeloh2 tengah panas.. selalu die bg air kat aku.. tq aunty baik.. #jntexpress #jntshahalam #Partime

♬ bunyi asal – Roslina Rozman – Roslina Rozman

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Respect & Puji Perbuatan Baik Warga Emas

Video yang telah mendapat lebih 283,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji tindakan warga emas berkenaan yang menyantuni pekerja kurier berkenaan.

Malah, ada yang turut berkongsikan pengalaman mereka sendiri berhadapan dengan situasi yang sama.

Bukan itu sahaja, rupanya ramai yang meluahkan hasrat mahu berbuat baik seperti aunty berkenaan ketika ternampak pekerja di hadapan rumah.

Namun, ada yang juga segelintir netizen yang mempersoalkan adakah boleh sama ada seorang Muslim menikmati hidangan atau minuman yang disediakan oleh non-muslim.

Hukum Minum Atau Makan Makanan Disediakan Oleh Non Muslim

Memetik laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seorang Muslim dibolehkan untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh non muslim (bukan ahli kitab) seperti Hindu, Sikh, Budha dan selainnya.

Asalkan makanan yang disediakan adalah dari sumber halal dan bukannya dari sembelihan mereka.

“Maka, tidak ada masalah buat seseorang muslim itu sekiranya diajak untuk bertandang ke rumah rakannya yang bukan non-muslim lalu dihidangkan makanan untuk dimakan selagi mana ianya halalan toyyiba.

“Walaupun begitu, ini tidaklah menafikan keafdhalan bersikap warak dalam mengambil suatu makan.

“Adalah afdhal makanan kita itu diperolehi daripada orang yang bertaqwa dan disediakan juga dengan taqwa,” jelasnya.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok;

“Elok Je Semua Kaum Di Malaysia, Semangat Bermasyarakat”

image is not available

“Baiknya Aunty”

image is not available

“Perpaduan Kaum Macam Inilah Yang Kita Suka”

image is not available

“Baik Aunty Tu, Dia Kesian Tengok Hari Panas, Terus Bagi Air Untuk Minum, Siap Bagi Bekal Air Kosong Pula”

image is not available

“Seronok & Rasa Bahagia Sekali Lihat Situasi Seperti Ini, Marilah Kekalkan Hubungan Silaturahim Antara Kaum, Hidup 1 Malaysia”

image is not available

“Baca Bismillah Takkan Menghalalkan Sesuatu”

image is not available

Source: