Sharnaaz Ahmad Bagi Ucapan ‘Special’ Untuk Jebat Jayden, Ramai Sebak Baca – “Mamu Ni Nampak Je Ganas Tapi Penyayang”

Entertainment
26 Dec 2023 • 5:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian pelakon berbadan sasa Sharnaaz Ahmad di Instagram baru-baru ini mengundang sebak ramai pengikutnya selepas dia menitip ucapan buat Jebat Jayden.

Menerusi hantaran itu, aktor itu memberi pujian kepada satu-satu anaknya bersama bekas isteri, Noor Nabila kerana mempunyai hati yang baik, luar dan dalam.

image is not available 2 weeks ago

(VIDEO) "Dalam Kisah Ni, Jebat Paling Bahagia" - Bercuti Bersama 'Ex-Wife' & 'Girlfriend', Sharnaaz Ahmad Dipuji Ramai

Sharnaaz juga menitipkan rasa syukur dengan percutian mereka ke luar negara baru-baru ini bersama ibu Jebat dan kekasih baru aktor tersebut, Amelia.

Baba syukur ada anak yang bijak, pintar, lawak dan sihat. Thank you teman baba main crane game, menang banyak hadiah. Main snow. Selagi boy ada sebelah baba, saya adalah lelaki yang paling bahagia di bumi ini.

Tambah Sharnaaz lagi, lokasi percutian mereka bukanlah perkara paling penting namun masa yang diluangkannya bersama Jebat lebih berharga.

Menjengah ruangan komen, ramai yang akui sebak dengan ucapan ringkas Sharnaaz buat Jebat dan rata-ratanya memuji aktor filem Polis Evo 3 itu kerana tidak segan menunjukkan sisi penyayangnya.

Mamu ni nampak je ganas tapi memang penyayang.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available