Shila Amzah Akhirnya Kongsi ‘Tour’ Rumah Banglo Miliknya 

PropertyHome & Living
28 Dec 2023 • 8:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi, Shila Amzah akhirnya berkongsi rumah banglo miliknya yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi terletak di Hulu Langat, Selangor.

Menerusi Instagram, Shila memuat naik satu video menunjukkan rumah banglo tersebut yang telah dibersihkan dan siap untuk dijual pada yang berminat.

image is not available

Alhamdulillah dah boleh buat tour, terima kasih kerana tolong bersihkan, kalau Sha dan Ubai buat memang jenuh kitaorang.

Shila juga menunjukkan keadaan dalam rumah termasuk ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bilik air. Menurutnya, rumah banglo dua tingkat ini mempunyai 12 bilik tidur dan masing-masing ada bilik airnya.

Besar gila, patut lah merentan kena keluar. Jenuh nak kemas, nak bersih. Kalau banjir memang masaklah. Ya Allah besarnya rumah ni, memang jenuh nak jaga dan cuci bagai. Kalau duduk 10 orang pun tak sempit.

Berikut merupakan antara komen-komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen video berkenaan yang mula faham mengapa keluarga Shila dahulu berat hati untuk meninggalkan rumah besar itu dan pindah ke rumah yang lebih kecil.

Sebelum ini, perbahalan tercetus di antara keluarga Shila apabila penyanyi tersebut dituduh menghalau ahli keluarganya keluar dari rumah namun Shila menepis dakwaan tersebut dan sebaliknya mahu membeli rumah yang lebih selesa untuk mereka.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.