Shila Amzah Tepis Dakwaan Campur Urusan Hal Keluarga Amy Search

Entertainment
14 Jul 2025 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Shila Amzah tampil sangkal dakwaan masuk campur isu hal kekeluargaan seorang penyanyi legenda dalam satu kejadian tular baru-baru ini.

Kata penyanyi lagu Patah Seribu ini, sokongan yang diberikan terhadap pelakon, Nabila Huda sebelum ini bukan bermaksud mencampuri urusan keluarga itu namun sebagai dasar empati kepada rakan industri yang melalui situasi hampir sama.

Jelasnya, dia sama sekali tidak ambil tidak ambil tahu tentang konflik yang sedang berlaku antara isteri Amy Search iaitu Datin Nourish Hassan bersama anaknya, pelakon Nabila Huda.

image is not available

“Apabila dikatakan saya mengacau keluarga orang lain, ini sama sekali tidak benar dan tidak berasas.”

image is not available

“Masalah keluarga saya sangat umum. Saya sokong kenyataan Abil (Nabila) kerana dia turut melalui liku-liku kehidupan bersama keluarganya yang hampir sama berlaku kepada kami.”

“Tindakan saya itu adalah sokongan terhadap seseorang rakan industri. Saya pun tidak menyebut nama sesiapa. Apabila saya setuju apa yang dirasainya itu lebih kepada kisah bersama ibu tiri saya.”

Sebelum ini, hasil siasatan polis mendapati bahawa penyanyi legenda itu menyerang Shila Amzah secara lisan ketika sesi latihan kerana Shila dikatakan mencampuri urusan keluarganya.

Sumber: mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.