Shinyou Holdings sasar naik taraf infrastruktur digital menerusi penyenaraian IPO di Pasaran ACE

LocalBusiness & Finance
20 Oct 2026 • 3:34 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Shinyou Holdings sasar naik taraf infrastruktur digital menerusi penyenaraian IPO di Pasaran ACE Image from: Shinyou Holdings sasar naik taraf infrastruktur digital menerusi penyenaraian IPO di Pasaran ACE hamden20/10/2026 - 15:34 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 Okt - Shinyou Holdings Bhd menyasarkan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia menerusi tawaran awam permulaan (IPO) yang melibatkan terbitan awam sebanyak 150 juta saham biasa baharu.

 

Dalam draf prospektusnya, syarikat itu berkata hasil IPO berkenaan akan digunakan terutamanya bagi pengembangan perniagaan serta modal kerja untuk projek baharu.

 

Berjaya Securities Sdn Bhd dilantik sebagai penaja bagi IPO berkenaan.

 

Shinyou Holdings terlibat dalam pemasaran, pengedaran, pemasangan, pentauliahan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem pengangkutan bangunan, termasuk lif, eskalator, laluan pejalan kaki bergerak (travelator) dan sistem parkir mekanikal.

 

Kumpulan itu turut merancang menaik taraf infrastruktur digital dalam tempoh dua tahun akan datang bagi meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh perniagaan penyelenggaraan lif, eskalator dan travelator.

 

Menurut syarikat itu, rancangan berkenaan merangkumi pembangunan tasik data (data lake) bagi menggabungkan maklumat berkaitan operasi pemasangan dan penyelenggaraan ke dalam satu repositori data berpusat.

 

Shinyou juga berhasrat menggunakan aplikasi yang disokong kecerdasan buatan (AI) untuk menambah baik penyelenggaraan lif dan operasi dalaman, termasuk sistem penjadualan penyelenggaraan berasaskan AI.

 

Selain itu, kumpulan itu merancang menyediakan sistem pemulihan bencana berasaskan awan bagi membolehkan data disandarkan secara masa nyata dan dipulihkan daripada awan.

 

Dalam pada itu, Shinyou berkata prestasi perniagaan dan kewangannya bergantung pada keupayaan untuk terus memperoleh projek baharu daripada pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu.

 

Syarikat itu turut menjelaskan bahawa projeknya tertakluk kepada proses tender kompetitif, dengan persaingan daripada pemain tempatan dan antarabangsa.

 

“Sebahagian pesaing kami mungkin mempunyai sumber kewangan lebih besar, rekod prestasi lebih kukuh atau penawaran harga lebih kompetitif,” katanya.

 

Persaingan tersebut merupakan antara faktor yang perlu dihadapi kumpulan dalam usaha mendapatkan projek baharu dan mengekalkan prestasi perniagaannya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved