Siap Buat Topi Dari Kotak, Lelaki Ini Buat ‘Majlis Konvo’ Di Kilang Buat Netizen Tak Kering Gusi

13 Jun 2023 • 2:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Untung betul ada member yang jenis masuk air ni

Siap Buat Topi Dari Kotak, Lelaki Ini Buat Majlis Konvo Di Kilang Buat Netizen Tak Kering Gusi. Sebuah gambar yang menghiburkan hati telah menjadi tular di laman Facebook apabila seorang lelaki dan tiga orang kawannya mengadakan sebuah majlis konvo.

Hanya untuk suka-suka, 4 sekawan ini membuat kongsian di mana mereka mengadakan majlis konvo bukan di dewan, tetapi di kilang kerja mereka!

image is not available
Siap Buat Topi Dari Kotak, Lelaki Ini Buat Majlis Konvo Di Kilang Buat Netizen Tak Kering Gusi

“Memang prihatin dengan kawan macamni” – Muhd Haiqal

Menerusi kongsian dari FB Muhd Haiqal, Mengambil tempat di perkarangan kilang bertempat di Kuching, gambar tersebut memaparkan individu-individu tersebut mengenakan baju kerja berwarna biru.

Salah seorang daripadanya mengenakan kot panjang menyerupai jubah dan bertopi segi empat yang diperbuat daripada kotak dengan bergaya ala-ala graduan menerima sijil pengiktirafan konvokesyen.

image is not available

Terdapat juga kadbod yang siap dicatatkan keputusan cemerlang, iaitu 11A++ dan segulung kertas yang diikat. Rata-rata netizen turut tercuit hati lihat gelagat 4 sekawan ini kerana sporting untuk membuat majlis konvokesyen.

Boleh tahan ya ada kawan yang sama-sama masuk air macam ni Susah nak cari wooo…

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved