[VIDEO] Gadis Guna ‘Sign Language’ Bagi Ucapan Pada Ibu Ayah Masa ‘Convo’ Buat Netizen Terharu

Entertainment
2 Jun 2023 • 6:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap pelajar pasti mempunyai impian untuk membanggakan ibu bapa mereka dengan kejayaan tamat belajar serta menyambutnya pada hari majlis graduasi.

Setelah bertahun-tahun bertungkus lumus dan berkorban masa tidur untuk menyiapkan tugasan yang diberikan pasti kita mahu kongsi kegembiraan itu buat keluarga mereka yang tersayang.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang graduan wanita sedang mengambil skrol ketika majlis konvokesyen telah mendapat tumpuan ramai.

Difahamkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu ketika berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara yang Ke-96 di Shah Alam.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah, gadis tersebut dilihat menggunakan sign language yang membawa maksud ‘saya sayang mak dan ayah’ sewaktu gilirannya di atas pentas ketika dirakam kamera.

Bahasa isyarat yang dibuat oleh gadis tersebut adalah untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada ibu bapanya.

image is not available

Video yang dimuat naik oleh @fuglypotato14 telah meraih 1.6 juta tontonan serta mendapat lebih 250,000 tanda likes dalam masa sehari di TikTok.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu setelah melihat tindakan gadis itu sewaktu menerima ijazahnya.

image is not available

Cute je dia buat sign language tu!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.