“Siap minta duit” – Mat Salleh Buat ‘Show’ Di Lampu Isyarat Undang Kemarahan Netizen

Entertainment
6 Feb 2025 • 11:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, sebuah video tular di laman X yang memaparkan dua individu bukan tempatan membuat persembahan jalanan ketika lampu isyarat merah di jalan besar sekitar Pulau Pinang.

Dalam perkongsian pengguna X @ricxxxkiddo itu, difahamkan dua warga asing itu meminta ‘sumbangan’ selepas selesai membuat persembahan.

“Takde duit nak balik negara asal ke? Tolong lah ambil tindakan dekat dorang ni,” tulisnya dalam hantaran itu.

Pasangan Mat Salleh itu dilihat menggunakan prop seperti pin boling serta bola untuk melakukan aksi juggling.

“Macam pengemis”

Rata-rata netizen tidak setuju dengan tindakan pasangan itu, ramai yang meminta agar penguatkuasa mengambil tindakan malah ada juga yang risau terjadinya kemalangan di kawasan tersebut.

image is not available

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana penguatkuasa berkenaan tindakan dua individu tersebut.

Aduhai, kalau apa-apa jadi tambah susah…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.