“Siap spend time dengan Salt Bae”- Netizen Teruja Lihat Budak Usia 5 Tahun Sambut Birthday Di Dubai

Entertainment
6 Mar 2023 • 3:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi kelaziman ibu bapa zaman sekarang apabila mahu meraikan hari jadi anak di tempat yang istimewa.

Usahawan dari Kelantan, Shaila Adnan sanggup membawa anak lelakinya bercuti di Dubai bagi menyambut hari jadinya yang ke-5.

Perkongsian video menerusi laman TikTok yang memaparkan percutian mewah sempena hari jadi anaknya mendapat perhatian orang ramai.

Dapat dilihat menerusi video @sheilanann, anaknya bernama Muhammad Luth Akbar menaiki kapal terbang kelas perniagaan serta menikmati hidangan di restoran stik terkemuka di Dubai sambil ditemani chef selebriti, Salt Bae.

Kanak-kanak itu juga sempat menaiki helikopter melihat pemandangan sekitar bandar Dubai, menaiki bot di sekitar Palm Jumeirah serta menunggang unta di gurun safari.

Video yang mendapat lebih 26 juta tontonan dan 4.2 juta tanda suka itu turut menyaksikan paparan ucapan hari jadi di skrin menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

“Untung dapat mak macam ini”

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen video berkenaan meluahkan rasa kagum dan menganggap kanak-kanak itu sangat bertuah menerima hadiah percutian mewah daripada keluarga.

image is not available

Setiap ibu bapa ada cara masing-masing untuk menggembirakan anak mereka mengikut kemampuan. Gembirakan hati mereka merupakan satu rezeki yang tidak ternilai.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.