Siap tunjuk bukti, individu syukur jadi pelanggan bertuah Chagee dapat iPhone 16 Pro

LocalEntertainment
21 Nov 2024 • 9:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang individu syukur jadi pelanggan bertuah jenama rangkaian minuman teh popular, Chagee walaupun terdapat beberapa pihak mempertikai tindakan salah seorang staf dalam video tular, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, pengguna TikTok dikenali nxnaarshd berkongsi sebuah foto memaparkan dirinya berada di hadapan premis Chagee bersama sekotak telefon pintar jenama iPhone.

“Bukti saya dapat iPhone 16 Pro daripada Chagee,”maklumnya.

image is not available

Hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi kapsyen ringkas ditulisnya membuatkan ramai seakan tidak percaya dan mendakwa ia hanya palsu sahaja.

image is not available image is not availableimage is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Individu syukur jadi pelanggan bertuah

Sedar menerima kritikan dan pertikaian hadiah diterimanya, wanita itu terus berkongsi surat bukti daripada Chagee menunjuk dirinya tidak menipu.

image is not available

Terdahulu, kecoh di media sosial pabila netizen dakwa pekerja minuman teh viral terkenal, Chagee telah membuat penipuan ketika promosi kempen ‘Tear & Win’ menyambut ulang tahun yang ketujuh.

Isu berkenaan telah mendapat perhatian pihak pengurusan Chagee sendiri dan tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan salah seorang pekerjanya.

Menurutnya, pekerja berkenaan telah diberi arahan untuk memeriksa bekas minuman berkenaan sama ada mempunyai hadiah atau tidak.

image is not available

Pihak Chagee juga telah membuat kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai selain menyatakan siasatan terperinci sedang dijalankan dan memberi jaminan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Sumber: TikTok nxnaarshd