‘Siapa pemimpin UMNO tu?’ – Akmal Saleh persoal dakwaan Anwar

LocalPolitics
17 Aug 2026 • 3:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Akmal Saleh mempersoalkan dakwaan Anwar Ibrahim mengenai pemimpin UMNO yang membantah peruntukan kepada negeri PN.

Siapa pemimpin UMNO tersebut?” Itu persoalan yang dibangkitkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh susulan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat pemimpin UMNO yang pernah membantah keputusannya menyalurkan peruntukan kepada negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN).

Akmal berkata, sebagai Perdana Menteri, Anwar mempunyai kuasa untuk menjelaskan perkara berkenaan secara terbuka, termasuk mendedahkan siapa pemimpin UMNO yang dimaksudkan supaya perkara itu tidak terus dikaitkan dengan keseluruhan parti.

“Cuba YAB PMX beritahu siapa pemimpin UMNO tersebut, kami pun nak tahu juga. Ke perlu tunggu tiga tahun lagi baru boleh beritahu?” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Anwar sebelum ini mendakwa terdapat pemimpin UMNO yang pernah menegur beliau berhubung keputusan kerajaan memberikan bantuan kepada negeri pembangkang.

Menurut Anwar, rakan-rakannya di Kedah, Kelantan dan Terengganu termasuk dalam kalangan yang mempersoalkan keputusan berkenaan.

“Rakan-rakan saya di Kedah, Kelantan dan Terengganu banyak tegur saya. Banyak rakan-rakan dalam UMNO tegur.

“Anwar, ini dasar yang salah. Kenapa bantu?” katanya ketika menyentuh perkara itu.

Mengulas lanjut, Akmal mempersoalkan tindakan menyalahkan UMNO berhubung perkara tersebut, sedangkan kuasa membuat keputusan berada pada Perdana Menteri dan bukannya Timbalan Perdana Menteri.

“Dah salahkan UMNO pula. Wahai YAB DS Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia tau. Kuasa itu berada di tangan YAB PMX,” katanya.

Baca juga:

Dalam pada itu, Akmal turut menyentuh beberapa kenyataan dan tindakan yang menurutnya dilihat sebagai usaha menolak UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, jika UMNO sudah dianggap sebagai parti yang ‘bermuka-muka’, sering dikritik serta dikaitkan dengan usaha untuk menggugurkan pemimpin UMNO daripada jawatan dalam kerajaan, maka parti itu wajar dicabar untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan.

“Gelar UMNO bermuka-muka, kutuk UMNO bukan main lagi, nak buang Pengerusi MARA dan semua ketua GLC UMNO, nak tolak UMNO.

“Jadi dah kamu hina dan kutuk UMNO bukan main lagi, maka kita cabar mereka untuk buang UMNO dari Kerajaan Perpaduan jika dah macam itu,” katanya.

Akmal pada masa sama mempersoalkan pendirian kerajaan yang masih mahu meneruskan hubungan dengan UMNO selepas pelbagai kritikan terhadap parti itu.

“Akhir sekali, nak teruskan hubungan dengan UMNO. Ini apa saudara?” katanya.

The post ‘Siapa pemimpin UMNO tu?’ – Akmal Saleh persoal dakwaan Anwar appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved