Akmal sokong kerajaan Johor sita kilang pasang Jalur Gemilang terbalik

LocalPolitics
17 Aug 2026 • 4:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Akmal sokong kerajaan Johor sita kilang pasang Jalur Gemilang terbalik
Tangkap layar hantaran Akmal di akaun Facebooknya pada Isnin.

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyokong tindakan kerajaan negeri Johor yang pantas menyita sebuah kilang berikutan isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik.

Beliau berkata, tindakan sedemikian sepatutnya dilakukan dan bukannya membela pihak yang sengaja memasang bendera berkenaan secara terbalik.

“Tahniah kerajaan negeri Johor yang pantas bertindak dengan menyita kilang tersebut.

“Ini sepatutnya dilakukan bukan dengan membela mereka yang sengaja pasang bendera secara terbalik.

“Tahniah kerajaan Johor,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Terdahulu, Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) menutup dan menyita sebuah kilang di kawasan perindustrian di Kulai kerana didapati memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dilaporkan berkata, polis sedang menjalankan siasatan, manakala pengarah syarikat itu akan dipanggil dengan kadar segera untuk memberikan penjelasan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved