“Siapa sangka, pada usia sebegini…” – Dato’ Azizulhasni Awang Luah Rasa Syukur Genggam Pingat Emas Komanwel

3 Aug 2026 • 6:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 03T175921.758

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi membuktikan dominasi dan penguasaannya di pentas antarabangsa selepas berjaya merangkul pingat emas dalam acara Keirin pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Kejayaan cemerlang itu dikongsi sendiri oleh pelumba berusia 38 tahun berkenaan menerusi satu hantaran terbaharu yang menyentuh hati di akaun media sosial rasminya.

Menerusi hantaran tersebut, jaguh yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ itu meluahkan rasa syukur yang mendalam atas pencapaian berharga berkenaan selepas menempuh pelbagai cabaran dan usaha gigih sepanjang kariernya.

Artikel berkaitan: Azizulhasni Bakal Kembali Beraksi Secara Profesional Sebagai Pelumba Basikal Trek

Artikel berkaitan: Ruhainies, Aliff Aziz & Azizulhasni Awang Antara Individu Paling Banyak Dicari Sepanjang 2024

Tepis Ragu-Ragu Fizikal & Faktor Usia

Azizulhasni mendedahkan bahawa kejayaan itu merupakan satu bukti nyata bahawa dedikasi, niat yang betul, serta ketekunan berterusan mampu membuahkan hasil luar biasa tanpa mengira sebarang halangan.

 

“Siapa sangka, pada usia sebegini yang dilihat sebagai terlalu lewat di peringkat elit, ditambah dengan saiz tubuh badan yang jauh terlalu kecil jika dibandingkan dengan pihak lawan yang lain, akan tetapi saya masih mampu menggapai sesuatu yang rata-rata ramai orang menggelengkan kepala.

Kejayaan ini sudah tentu bukannya sesuatu yang mudah, pelbagai perkara pelbagai peristiwa yang perlu dihadapi, namun ianya tidak menjadikan alasan untuk saya memburu sebuah kejayaan di peringkat tertinggi ini,” luahnya.

Hargai Isteri, Keluarga & Tulang Belakang Skuad

Di samping mendedikasikan kemenangan tersebut buat seluruh rakyat Malaysia, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih mendalam buat keluarga tercinta, terutamanya isteri, Datin Athiah Tya Ilyana, serta anak-anak yang banyak berkorban berbilang bulan berjauhan demi perjuangannya membawa nama negara.

Dalam masa sama, Azizulhasni turut memberi penghargaan tinggi kepada jurulatihnya, John Beasley, atas pengorbanan dan sumbangan besar yang tidak terhingga sepanjang membimbing kariernya.

Beliau juga secara terbuka menyatakan penghargaan kepada barisan penaja peribadi dan agensi kerajaan termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), serta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang menjadi tunjang utama di sebalik pembentukan karier profesionalnya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved