‘Siasat punca sebenar pembinaan Patung Mazu dihentikan’

30 Apr 2023 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kajian perlu dijalankan untuk mengetahui punca sebenar pembinaan Patung Mazu di Kudat dihentikan hampir 15 tahun lalu, kata Datuk Abdul Hakim Ghulam Hassan.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Tungku itu berkata ia perlu demi perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah.

“Isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan. Gesaan untuk memulakan semula pembinaan memberi tekanan ke atas kerajaan negeri namun terdapat banyak lagi keperluan pembangunan di Sabah yang lebih mendesak.

“Kerajaan Negeri kini berdepan pelbagai tuntutan daripada rakyat khususnya menambah baik kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik dan sebagainya.

SPONSORED CONTENT Increasing consumer awareness of Sabah’s chili brand in Singapore Kota Kinabalu: Borneo Hot Sauce, a maker of chilli sauce, wants to increase consumer awareness of its brand in Singapore after a good launch that saw 10,000 bottles sold in just six months. Read more “Sekiranya kemudahan asas yang penting ini tidak diutamakan maka harapan untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan menarik di rantau ini tidak mungkin akan tercapai. “Justeru itu, kemudahan yang lebih baik bukan sahaja memudahkan pelancong melawat Kudat malah ke semua destinasi pelancongan di Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Mazu adalah satu inisiatif yang dibiayai pihak swasta tanpa melibatkan wang kerajaan negeri.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini yang meminta kerajaan negeri menimbangkan untuk meluluskan pembinaan patung itu.

Abdul Hakim berkata mungkin terdapat sebab kukuh untuk pembatalan itu.

Jelasnya, penduduk Kudat melahirkan kebimbangan sekiranya pembinaan diteruskan ia akan menambahkan lagi kesesakan jalan raya sedia ada di Kudat.

Difahamkan, Kerajaan Negeri ketika itu telah menyediakan tapak alternatif untuk projek berkenaan namun tawaran itu tidak mendapat sambutan.

“Pembatalan itu perlu dihormati dan semua pihak harus mempercayai pihak berkuasa dalam membuat pendirian berhubung isu itu.

“Bagaimanapun saya yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyelesaikan isu ini,” katanya.