Siasatan Felda: SPRM sambung reman bekas CEO

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 6:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siasatan Felda: SPRM sambung reman bekas CEO

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dalam pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.

Perintah reman selama empat hari sehingga 13 September terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya sebaik tempoh reman asal terhadap suspek tamat hari ini.

Sebelum ini suspek telah ditahan reman selama tiga hari sejak Isnin lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini dua individu termasuk seorang bekas Pengarah Besar sebuah badan berkanun bergelar Datuk ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan itu.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dan 50-an itu ditahan ketika diminta hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada minggu lalu.

SPRM telah membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Felda serta anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC). – KOSMO! ONLINE

The post Siasatan Felda: SPRM sambung reman bekas CEO appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved