PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah badan berkanun Persekutuan disambung reman empat hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.
Perintah reman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Rabu.
Suspek sebelum ini direman selama tiga hari sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.




![[VIDEO] Selesai bayar jamin RM450,000, Azeez Rahim masih dalam tahanan sehingga esok](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/5a43c9a0-d0c1-4258-b968-d3e56d1786b1-1024x682.jpeg)

