Sijil kelahiran lama masih sah, cabutan baharu boleh diperoleh pada RM5 - KP JPN

12 Oct 2026 • 3:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sijil kelahiran lama masih sah, cabutan baharu boleh diperoleh pada RM5 - KP JPN
GUA MUSANG, 12 Okt -- Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Badrul Hisham Alias berucap pada Program Literasi Pendaftaran sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-78 Peringkat Kelantan di Pos Balar hari ini.Program itu mendekatkan perkhidmatan JPN kepada masyarakat Orang Asli di pedalaman, termasuk urusan pendaftaran, dokumentasi diri, penggantian kad pengenalan serta permohonan MyKad kali pertama.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Image from: Sijil kelahiran lama masih sah, cabutan baharu boleh diperoleh pada RM5 - KP JPN
Badrul Hisham berucap pada Program Literasi Pendaftaran sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-78 Peringkat Kelantan di Pos Balar, pada Isnin. Foto: Bernama

GUA MUSANG - Sijil kelahiran lama, termasuk yang dikeluarkan dalam bentuk kertas dan tulisan tangan masih sah digunakan dan tidak perlu ditukar kepada format baharu, kata Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan sijil kelahiran dalam format baharu boleh membuat permohonan cabutan di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan bayaran RM5.

"Sijil lahir tidak pernah tak sah, sama ada generasi lama ataupun generasi baharu,” katanya pada sidang media selepas Program Literasi Pendaftaran sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-78 peringkat Kelantan di Pos Balar di sini pada Isnin.

Badrul Hisham berkata, sijil kelahiran yang dikeluarkan sejak dahulu masih boleh digunakan, termasuk dokumen lama berbentuk kad kertas yang mempunyai tulisan tangan.

Beliau berkata, pemilik dokumen berkenaan boleh mendapatkan cabutan sijil kelahiran dalam format baharu sekiranya memerlukan, dengan proses permohonan boleh diselesaikan dalam tempoh kurang lima minit.

Beliau berkata, kemudahan itu membolehkan orang ramai mendapatkan dokumen dalam format semasa tanpa perlu bimbang bahawa sijil kelahiran lama mereka tidak lagi sah.

Badrul Hisham berkata, dokumentasi kelahiran merupakan asas penting bagi memastikan setiap individu mempunyai identiti yang sah di sisi undang-undang, sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai hak dan kemudahan sebagai rakyat Malaysia.

Beliau berkata, pendaftaran kelahiran dan pemilikan dokumen pengenalan diri perlu diberi perhatian bagi mengelakkan seseorang tercicir daripada sistem dokumentasi negara.

"JPN sentiasa berusaha mendekati masyarakat, termasuk komuniti Orang Asli di kawasan pedalaman melalui program turun padang dan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan mereka mendapat akses kepada perkhidmatan pendaftaran dan dokumentasi,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved