Siklon Mocha tidak beri kesan besar - MetMalaysia

13 May 2023 • 7:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Siklon Mocha dijangka bergerak ke utara timur laut menuju Bangladesh dan Myanmar.

PUTRAJAYA - Siklon Mocha yang dijangka bergerak ke utara timur laut menuju Bangladesh dan Myanmar tidak akan memberi kesan signifikan terhadap cuaca di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Helmi Abdullah berkata, angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di perairan Phuket serta Selat Melaka Utara.

“MetMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama untuk perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga Ahad ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan berkenaan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” ujarnya.

Pada Khamis, Myanmar dan Bangladesh mengerahkan ribuan sukarelawan serta mengarahkan perpindahan segera dari kawasan rendah pada Khamis ketika Siklon Mocha menghampiri kedua-dua negara tersebut.

Menurut Pejabat Meteorologi India, siklon itu diramalkan melanda pada Ahad di sepanjang sempadan Bangladesh-Myanmar yang membawa angin sehingga 145km/j.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved