
Kota Kinabalu: Seorang rakyat Filipina didenda sejumlah RM40,000 kerana mengawal, menyimpan dan menjaga Gaharu secara haram tetapi tidak membayar royalti hasil hutan, manakala seorang lagi tertuduh bersama meminta dibicarakan atas pertuduhan itu.
Fahril Muhamad mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan terhadap tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya manakala Azrizal Aziz mengaku tidak bersalah.
Bagi pertuduhan pertama, Fahril didenda RM10,000 atau penjara lima bulan kerana mengawal Gaharu secara haram dengan royalti tidak dibayar dalam kenderaan yang diletakkan di Bakut Car Wash di Jalan Telipok – Tuaran, dekat sini, jam 7.30 malam, 7 Dis 2023.
Bagi pertuduhan kedua, dia didenda lagi RM10,000 atau penjara lima bulan kerana menyimpan Gaharu tanpa lesen di tempat dan masa yang sama.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Bagi pertuduhan ketiga, Fahril diperintahkan membayar denda lagi RM20,000 atau penjara sepuluh bulan kerana menjaga Gaharu secara haram di tempat dan masa yang sama.
Pertuduhan menyatakan bahawa royalti tidak dibayar oleh Fahril.
Semua pertuduhan termaktub di bawah Seksyen 30(1)(g) Enakmen Hutan 1968 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(2)(b) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut memerintahkan Fahril membayar royalti sebanyak RM1,900 kepada kerajaan atau penjara dua bulan jika gagal membayarnya.
Selepas menjalani hukuman penjara, Fahril, yang memaklumkan mahkamah bahawa dia hanya mempunyai dokumen JKM, diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Semasa mitigasi, Fahril yang tidak diwakili merayu hukuman ringan dengan mengatakan dia perlu menjaga ibu bapa dan keluarganya serta memohon supaya tidak dikenakan hukuman penjara.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Perhutanan Mohd Arapa menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal walaupun kes itu hanya melibatkan jumlah royalti yang kecil tetapi Gaharu adalah salah satu spesies kayu yang dilindungi.
Kata Arapa lagi, kes itu melibatkan risikan dan memerlukan strategi tinggi serta kos tinggi.
Mahkamah membebaskan Azrizal dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 serta dua orang penjamin bagi semua pertuduhan. Dia diwakili peguam Jul Hamri.
Mahkamah menetapkan 15 Julai tahun ini untuk pengurusan kes praperbicaraan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

