Sindiket godam MyIMMs: Pegawai JIM disyaki terima rasuah sehingga RM6,000

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 9:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sindiket godam MyIMMs: Pegawai JIM disyaki terima rasuah sehingga RM6,000
Seramai 12 individu direman pada Rabu untuk siasatan melibatkan sindiket godam MyIMMs. Foto: SPRM
Image from: Sindiket godam MyIMMs: Pegawai JIM disyaki terima rasuah sehingga RM6,000
Image from: Sindiket godam MyIMMs: Pegawai JIM disyaki terima rasuah sehingga RM6,000
Image from: Sindiket godam MyIMMs: Pegawai JIM disyaki terima rasuah sehingga RM6,000
Antara rampasan wang tunai susulan penggeledahan SPRM di beberapa lokasi. Foto: SPRM
Image from: Sindiket godam MyIMMs: Pegawai JIM disyaki terima rasuah sehingga RM6,000
SPRM turut menyita telefon bimbit untuk siasatan kes sindiket penggodaman MyIMMs. Foto: SPRM

PUTRAJAYA - Sindiket menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dipercayai membayar wang rasuah antara RM1,000 hingga RM6,000 kepada kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana dipercayai membantu dalam proses mendapatkan kelulusan PLKS tanpa mengikut prosedur yang sah.

Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 12 individu.

**media[3599052]**

"Mereka terdiri daripada dua pengarah syarikat, tiga warga asing, enam pegawai JIM termasuk dua daripada Bahagian Teknologi Maklumat selain seorang pegawai polis kerana disyaki bersubahat menggodam sistem terbabit.

"Lima suspek lelaki direman tiga hari sehingga 31 Julai (Jumaat), manakala lima lagi lelaki dan dua wanita direman dua hari sehingga 30 Julai (Khamis)," katanya pada Rabu.

**media[3599053]**

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu.

Tambah sumber, dalam operasi tersebut, penggeledahan telah dijalankan melibatkan premis-premis syarikat selain JIM Pulau Pinang dan Ibu Pejabat JIM di Putrajaya.

"SPRM menyita harta alih seperti wang tunai bernilai RM186,360, wang tunai Singapore dolar SGD700 (anggaran RM2,214.22) dan barangan kemas bernilai RM15,700.

"Turut disita telefon bimbit, komputer riba serta alat elektronik yang dianggarkan bernilai RM36,000," ujarnya.

**media[3599050]**

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 16 (a) Akta SPRM 2009.

Sebelum itu, 10 suspek lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an telah ditahan antara jam 2 hingga 5 petang Selasa di Ibu Pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang.

**media[3599118]**

Op Crack itu digerakkan SPRM melalui Bahagian Perisikan dengan kerjasama Bahagian Perisikan JIM menerusi operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Operasi tersebut turut dibantu oleh Cyber Security Malaysia ( CSM), Telekom Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved