Sindiket jual kenderaan lusuh, curi kereta tumpas

14 Aug 2026 • 6:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sindiket jual kenderaan lusuh, curi kereta tumpas

PETALING JAYA: Kegiatan sindiket didalangi warga Pakistan yang aktif menjalankan kegiatan melerai serta menjual komponen kenderaan lusuh serta kenderaan curi tumpas selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sebuah premis di Jalan Kapar, Klang pada Rabu lalu.

Serbuan dilakukan pada pukul 4.30 petang hasil maklumat dan risikan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi membawa kepada tangkapan 20 warga asing terdiri daripada 17 lelaki warga Pakistan serta dua dua lelaki dan seorang wanita Indonesia.

“Penahanan warga Indonesia ini juga telah membawa kepada keterlibatan sindiket ini dalam pengurusan penyediaan rumah penampungan bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal dengan bayaran yang dikenakan sekitar RM5,000 ke RM10,000 seorang.

“Siasatan awal mendapati, sindiket dipercayai turut terlibat dalam kes kehilangan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik sebuah syarikat pengurusan jenazah di Kapar baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JIM memandang serius sebarang penglibatan warga asing dalam kegiatan jenayah terancang yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Tambahnya, JIM akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing serta rangkaian sindiket yang terlibat.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat melindungi, menggaji atau bersubahat dengan warga asing tanpa dokumen sah,” ujarnya.

Kata Zakaria, pihaknya juga komited mempertingkatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). – UTUSAN

The post Sindiket jual kenderaan lusuh, curi kereta tumpas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved