Sindiket pecah rumah warga China tumpas, lima lelaki ditahan

12 Aug 2026 • 12:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sindiket pecah rumah warga China tumpas, lima lelaki ditahan

KUALA LUMPUR – Sindiket pecah rumah membabitkan warga asing tumpas selepas lima lelaki warga China ditahan dalam dua serbuan berasingan di Sri Petaling dan Pudu, di sini, Ahad lalu.

Kesemua suspek berusia antara 38 hingga 58 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras susulan kejadian pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Desa Petaling pada 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM6,000 melibatkan wang tunai, barangan kemas dan sebuah beg silang berjenama mewah.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, polis melancarkan dua serbuan di Sri Petaling dan Pudu pada 9 Ogos kira-kira pukul 9.30 malam.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kenderaan bersama pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan pecah rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Fadil, polis turut menemukan semula barangan milik pengadu selain pelbagai barangan mewah lain termasuk jam tangan, dompet serta wang tunai dalam pelbagai mata wang asing berjumlah lebih RM10,000.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai turut terbabit dalam dua lagi kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di sekitar kawasan Cheras.

“Kesemua suspek kini direman hingga 13 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post Sindiket pecah rumah warga China tumpas, lima lelaki ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved