Sindiket penipuan: 80 ‘pelancong’ ditahan

LocalPolitics
9 Apr 2026 • 4:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Polis menahan 80 warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penipuan dalam talian yang mensasarkan warga Amerika Syarikat berketurunan China di negara itu di sebuah resort di sini, pada Selasa.

Suspek terdiri daripada 78 warga China termasuk empat wanita dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Laos berusia di antara 17 hingga 46 tahun.

Menurut sumber, sindiket berkenaan yang berselindung di sebalik operasi resort didakwa memasuki Sabah sejak tiga bulan lalu.

Ahli-ahlinya didakwa menyamar sebagai anggota polis dari China bagi menjalankan kegiatan penipuan secara dalam talian.

Kegiatan mereka terbongkar dalam serbuan operasi bersepadu pada jam 9.20 malam oleh Bahagian Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Tawau, Sandakan dan Keningau.

Resort itu dipercayai dijadikan sebagai tempat operasi dan pusat panggilan merangkumi pusat kerja, latihan serta premis kediaman dan tempat rehat.

Antara barang yang dirampas adalah telefon bimbit, komputer, skrip, beg, pasport, sepanduk, modem serta pakaian seragam polis China,” katanya.

Pada Rabu, 77 daripada yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi mendapatkan perintah tahanan reman dan tiga lagi yang sedang menerima rawatan di hospital turut dibenarkan reman selama tiga hari.

Enam lagi suspek termasuk seorang warga Laos dibebaskan tetapi dikehendaki tampil membantu siasatan sekiranya diperlukan.